Sunday, November 21, 2010

hari terakhir antara aku dan kek coklat kukus


assalamualaikum semua...

perhatian kepada semua..hari ini merupakan hari terakhir saya menyiapkan segala tempahan kek coklat kukus..lepas nih saya akan berehat sebentar untuk menyambung pengajianku di salah sebuah IPTA di seremban..bukan amik course bakeri ke apa..tetapi bertentangan dengan bidang kek ini..agak jauh bezanya ok..bidang kejuruteraan :) doakan saya berjaya ok? aminn...

terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang telah menempah kek coklat kukus daripada saya ..terima kasih juga yang beri komen yang positif terhadap kek coklat kukus saya ini..terima kasih juga kepada yang merasa kek coklat kukus saya ini..terima kasih juga saya ucapkan kepada yang order lebih daripada 2 kali..terima kasih ye?

insya allah,kalau tengah cuti raya ataupun tengah cuti sem,boleh lah menempah kek coklat kukus ini ye?jangan risau,rasa tetap sama ok?cuma untuk tahun depan,kek akan jadi lain sikit lah..adalah perubahan yang akan dibuat..letak topping coklat and letak krim ke kat atas kek tuh..

tahun depan juga insya allah,saya akan mula buat cupcake..lepas nih boleh lah order ye?sekarang saya tengah menyiapkan tempahan kek yang terakhir daripada cikgu yang mengajar di MAKTAB SULTAN ABU BAKAR,JOHOR BAHRU..30 biji kek semuanya..

terima kasih selagi lagi..ingat,bukan berhenti buat kek untuk selamanya,tetapi berhenti hanya untuk seketika kerana ingin menyambung pengajianku..terima kasih kepada anda semua..

sekian,harap maklum :)

Saturday, November 13, 2010

tempahan sempena hari raya aidiladha dibuka sekarang


ok kepada sesiapa yang ingin menempah kek sempena hari raya aidiladha,boleh hubungi saya untuk berbincang tentang saiz kek yang ingin ditempah...boleh hubungi saya di nombor telefon yang tertera ataupun hubungi saya melalui laman web FACEBOOK ataupun tinggalkan pesanan anda melalui email yang tertera..sekian,harap maklum :)

Friday, October 8, 2010

Sunday, October 3, 2010

kek :)




ni lah hasilnya..


untuk menambah kesedapan kek (:

ok semua...
kalau sesiapa dah beli kek coklat kukus saya nih..
kalau nak tambah kesedapan kek saya nih..
simpanlah dalam peti ais selama sehari....
lepas tuh keluarkan daripada peti ais dan makan..
rasalah keenakkan kek coklat kukus itu sendiri..
wasalam (:

jangan segan silu nak order ye...

kek yang sudah siap untuk dihantar :)

alhamdulillah..setelah bersengkang mata malam tadi..ni lah hasilnya..dapat juga siapkan tempahan kek untuk hari isnin nih punya...





nilah tempahan untuk pagi isnin nih..
akhirnya siap juga..
terima kasih ye kepada sesiapa yang order kek saya ok..
kalau sedap,order lah lagi ye :)

kebanyakkan pelanggan saya order kek coklat kukus yang 
saiz A+++ (RM48)
saiz A+(RM28)
B (RM5.50)



Monday, September 27, 2010

harga bagi setiap kek

berikut adalah harga bagi setiap kek




SAIZ A+++
berat : 2kg
harga kek coklat kukus untuk saiz ini adalah RM48.00

untuk SAIZ A++
berat : 1kg
harganya ialah RM38.00




untuk SAIZ A+
berat : 500g
harganya ialah RM28.00






SAIZ B
harga kek untuk saiz ini ialah RM2.20

kek diletak didalam kotak khas seperti ini beserta hiasannya
harga istimewa iaitu RM1.60 sekotak akan diberikan 
sekiranya tempahan melebihi 50 kotak

Thursday, September 23, 2010

promosi akan berakhir

salam semua..
kepada sesiapa yang telah menempah kek coklat kukus saya nih..
saya ucapkan ribuan terima kasih ok...
promosi kek coklat kukus saiz A +++ telah sampai kemuncaknya..
tinggal 1 hari sahaja lagi..
lepas nih tak dapat lah harga macam nih untuk kek saiz A+++

selepas ini,saya akan mempelbagaikan lagi saiz kek coklat kukus ini..


Friday, September 17, 2010

pengenalan

saya baru berjinak-jinak menceburkan diri dalam membuat kek coklat kukus ini..
maklum balas yang saya terima daripada rakan-rakan,saudara mara..
telah membuka hati saya untuk memperkembangkan pembuatan kek ini..
insya allah..dengan sokongan anda semua..
saya harap saya mampu untuk laksanakan tempahan anda semua..
insya allah

sebagai pembukaan blog ini..
promosi untuk kek coklat kukus saiz A +++
berharga RM35
sah sehingga 24 SEPTEMBER 2010
lokasi sekitar JOHOR BAHRU