Sunday, November 21, 2010

hari terakhir antara aku dan kek coklat kukus


assalamualaikum semua...

perhatian kepada semua..hari ini merupakan hari terakhir saya menyiapkan segala tempahan kek coklat kukus..lepas nih saya akan berehat sebentar untuk menyambung pengajianku di salah sebuah IPTA di seremban..bukan amik course bakeri ke apa..tetapi bertentangan dengan bidang kek ini..agak jauh bezanya ok..bidang kejuruteraan :) doakan saya berjaya ok? aminn...

terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang telah menempah kek coklat kukus daripada saya ..terima kasih juga yang beri komen yang positif terhadap kek coklat kukus saya ini..terima kasih juga kepada yang merasa kek coklat kukus saya ini..terima kasih juga saya ucapkan kepada yang order lebih daripada 2 kali..terima kasih ye?

insya allah,kalau tengah cuti raya ataupun tengah cuti sem,boleh lah menempah kek coklat kukus ini ye?jangan risau,rasa tetap sama ok?cuma untuk tahun depan,kek akan jadi lain sikit lah..adalah perubahan yang akan dibuat..letak topping coklat and letak krim ke kat atas kek tuh..

tahun depan juga insya allah,saya akan mula buat cupcake..lepas nih boleh lah order ye?sekarang saya tengah menyiapkan tempahan kek yang terakhir daripada cikgu yang mengajar di MAKTAB SULTAN ABU BAKAR,JOHOR BAHRU..30 biji kek semuanya..

terima kasih selagi lagi..ingat,bukan berhenti buat kek untuk selamanya,tetapi berhenti hanya untuk seketika kerana ingin menyambung pengajianku..terima kasih kepada anda semua..

sekian,harap maklum :)

No comments:

Post a Comment